Panduan Memasukkan Gambar-gambar

wCeria's picture
menu.JPG

Anda menghadapi masalah untuk memasukkan gambar?

Anda boleh masukkan berapa banyak gambar yang anda suka asalkan tidak melebih ukuran 200x200 px dan tidak melebihi 200 kb setiap keping. Memang had maximum telah ditentukan iaitu seorang USER tidak boleh memasukkan berjumlah lebih dari 2mb gambar.

Setiap gambar hendaklah telah di SAVE kan di dalam hard disk atau PenDrive anda. Gunakan bluetooth atau MMS GPRS untuk membolehkan gambar anda dari HANDSET dipindahkan ke eMail anda

Setiap gambar boleh dimasukkan ke dalam Album-album seperti "ALBUM KOLEKSI WARGACERIA". Klik pada "Koleksi WargaCeria" dan Klik pada "ALBUM KOLEKSI". Kemudian pilih MASS IMPORT untuk memasukkan sehingga sepuluh keping gambar.

Setiap gambar hendaklah dimasukkan ke dalam mana-mana Album. Pilih album yang berkaitan dan bersesuai. Buka (klik 2x) pada album tersebut dan import/upload gambar2 anda ke dalamnya. Maaf, ada pemilik album yang tidak membenarkan anda memasukkan gambar anda ke album mereka!!!

Oleh itu bina sendiri satu ALBUM baru. Klik pada BINA ALBUM GAMBAR anda. Masukkan TITLE (Tulislah Nama Anda atau sebarang jodol yang berkaitan). Pada ruangan PARENT dan BODY, kosongkan jika tidak perlu. Klik pada "allow others to post..." jika anda benarkan orang lain memasukkan gambar mereka ke dalam album yang sedang anda bina ini. Tidak perlu ubah mana-mana setting yang lain, tetapi terus klik "SUBMIT" di bawahnya. Pada ruangan baru yang akan terpapar, pilih MASS IMPORT dan masukkan beberapa gambar.

Terdapat juga satu menu di sebelah kiri yang bertajuk "MASUKKAN GAMBAR anda". Klik di sana untuk memasukkan beberapa keping gambar serentak!

Aktifkan ALBUM ANDA sekarang!

AttachmentSize
menu.JPG30 KB

Derma Ikhlas Anda Sentiasa Dikenangi

Blog WargaCeria BachokNET telah berjaya menCERIA kan anda?

Pembinaan WargaCeria BachokNET dan semua portal BachokDotNet di http://bachok.net adalah secara peribadi tanpa disokong atau dibantu oleh mana-mana pihak yang berkemampuan. Oleh itu, dermaan dan sumbangan wang ringgit dari anda amatlah dihargai untuk menampung semua kos pentadbiran dan tenaga kerja kami. Berhajat untuk menderma secara ikhlas? Atau anda ingin menjadi penaja untuk membiayai kos penyelenggaraan dan pembangunan BachokNET?

Dermaan yang paling bererti bermula dari RM10 sahaja tetapi RM1 anda juga turut dihargai. Semua orang yang mempunyai sifat "suka membantu" atau "suka menderma" dan yang prihatin serta simpati di atas setiap usaha-usaha mulia kini bolehlah mula menghantar sumbangan anda melalui beberapa saluran: (Klik di sini jika sudi membantu BachokNET)

Quran 2:11

11
وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ لاَ تُفْسِدُواْ فِي الأَرْضِ قَالُواْ إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُونَ