11 Jenis Manusia Ke Neraka

biitjelawat's picture

Manusia sering terlupa, kehidupan di dunia ini tidak berkekalan, sebaliknya sekadar persinggahan sebelum menempuhi kehidupan hakiki di akhirat. Rasa cinta yang terlalu mendalam terhadap nikmat keduniaan menyebabkan manusia tidak dapat melihat akhirat yang ghaib.

Sehubungan itu, mereka melakukan kerosakan di muka bumi dengan bergelumang dalam perbuatan yang dibenci dan dicela oleh Allah S.W.T tanpa rasa bimbang tentang hari pembalasan.

Hari pembalasan pasti tiba. Diriwayatkan suatu ketika, Muaz bin Jabal r.a mengadap Rasullah SAW dan bertanya:"Wahai Rasullah, tolong huraikan kepadaku tentang firman Allah SWT: "pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian akan datang berbaris-baris".
(surah an-Naba ayat 18).

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis hingga basah pakaiannya. Kemudian baginda menjawab: "Wahai Muaz, engkau bertanyakan kepada aku perkara yang amat besar bahawa umatku akan diiringi (diarahkan ke satu tempat), dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri,"

Barisan pertama- Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan itu dijelaskan melalui seruan dari sisi Allah:
"Mereka ketika hidup menyakiti hati jiran. Inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka".

Barisan kedua- Diiringi dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah:" Mereka ketika hidup meringankan solat. Inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka".

Barisan ketiga- Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut penuhdengan ular dan kala jengking. Datanglah seruan dari sisi Allah: "Mereka enggan membayar zakat. Inilah balasanya dan tempat kembali mereka adalah neraka,"

Barisan keempat- Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan dari mulut. Datanglah suara dari sisi Allah: "Mereka berdusta dalam jual beli. Inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka,"

Barisan kelima- Diiringi dari kubur dengan bau lebih busuk dari bangkai. Ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di padang mahsyar. Datanglah suara dari sisi Allah: "Mereka menyembunyikan perlakuan derhaka kerana takut diketahui manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah. Inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka,"

Barisan keenam- Diiringi dari kubur dengan kepala mereka terputus dari badan. Datanglah suara dari sisi Allah: "Mereka menjadi saksi palsu.Inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka,"

Barisan ketujuh- Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dan mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. Datanglah suara dari sisi Allah: "Mereka enggan menjadi kesaksian atas kebenaran. Inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka,"

Barisan kelapan- Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik, dengan kepala dibawah dan kaki ke atas. Datanglah suara dari sisi Allah: "Mereka berbuat zina. Inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka,"

Barisan kesembilan- Diiringi dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru, manakala dalam hati mereka penuh dengan api gemuruh. Datanglah suara dari sisi Allah: "Mereka memakan harta anak yatim dengan cara haram. Inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka,"

Barisan kesepuluh- Diiringi dari kubur dengan tubuh penuh sopak dan kusta. Datanglah seruan dari sisi Allah: " Mereka derhaka kepada orang tua. Inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka,"

Barisan kesebelas- Diiringi dari kubur dengan keadaan buta, gigi memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir melebar sampai ke perut dan keluar beraneka kotoran. Datanglah suara dari sisi Allah: "Mereka meminum arak. Inilah blasannya dan tempat mereka adalah neraka,"

Barisan kedua belas- Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah memaklumkan: " Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, memrlihara solat lima waktu. Ketika meninggal dunia keadaan mereka bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan diredhai Allah,"

Bayangkanlah daripada 12 barisan berkenaan, hanya satu barisan manusia menuju ke syurga. Perasaan cinta akan keduniaan secara keterlaluan hanya akan membuka peluang untuk kita menduduki 11 barisan lain yang tentunya membawa kita menuju ke neraka. Nauzubillah.....

Derma Ikhlas Anda Sentiasa Dikenangi

Blog WargaCeria BachokNET telah berjaya menCERIA kan anda?

Pembinaan WargaCeria BachokNET dan semua portal BachokDotNet di http://bachok.net adalah secara peribadi tanpa disokong atau dibantu oleh mana-mana pihak yang berkemampuan. Oleh itu, dermaan dan sumbangan wang ringgit dari anda amatlah dihargai untuk menampung semua kos pentadbiran dan tenaga kerja kami. Berhajat untuk menderma secara ikhlas? Atau anda ingin menjadi penaja untuk membiayai kos penyelenggaraan dan pembangunan BachokNET?

Dermaan yang paling bererti bermula dari RM10 sahaja tetapi RM1 anda juga turut dihargai. Semua orang yang mempunyai sifat "suka membantu" atau "suka menderma" dan yang prihatin serta simpati di atas setiap usaha-usaha mulia kini bolehlah mula menghantar sumbangan anda melalui beberapa saluran: (Klik di sini jika sudi membantu BachokNET)

Quran 80:21

21
ثُمَّ أَمَاتَهُ فَأَقْبَرَهُ