Skip to Content

UMNO Kelantan Perjuangkan Wang Ehsan

Setelah berbulan-bulan Kerajaan PAS Kelantan bertungkus-lumus membuktikan adanya operasi hasil bumi petrolium di lautan berhampiran Bachok, akhirnya Kerajaan Malaysia mengalah dan setuju mengiktiraf adanya minyak di Kelantan, setelah bertahun-tahun hasil minyak berjaya di "LESAP" kan (semua rakyat Kelantan selama ini tidak tahu rupa-rupanya di negeri mereka ada HASIL MINYAK). Pada 26 Januari baru-baru ini, bangkitlah Datuk Awang Adek dan Mustapha Mohammad dll sebagai "Juara Rakyat" memperjuangkan bahawa Rakyat Kelantan hendaklah setuju menerima wang ehsan (RM20 juta???) dan dilaporkan ada seramai 500 orang telah menghadiri majlis tersebut (ada yang melaporkan sehingga 5000 orang yang hadir di dewan ceramah Hotel). Syabas Juara Rakyat Kelantan!

Malangnya, pada 28 haribulan pula, hampir 100,000 rakyat Kelantan bertemu di Stadium KB untuk sembahyang hajat meminta Kerajaan Malaysia mengembalikan Roylti Minyak, BUKAN WANG EHSAN/sedekah. Dan Juara Rakyat pada malam itu ialah Tengku Razaleigh kita... Beliau adalah pengasas Petronas semasa penubuhan dulu, menyebut bahawa Kelantan BERHAK MENERIMA ROYALTI SEBANYAK RM2 BILION...

Kini Rakya Kelantan mungkin agak terkeliru sedikit, siapakah sebenarnya "Juara Rakyat"??

Jom mengundi di bawah ini!

Comments

Berita Baik!

Ada satu berita baik di SINI

Comment viewing options

Select your preferred way to display the comments and click "Save settings" to activate your changes.