Skip to Content

Nasib UMNO dan Awang Adek Selepas Ini?

Apa yang kita katakan dan lakukan memang diperhatikan oleh orang lain. Terutama dalam isu SOSIO-EKONOMI. Sudah pasti pihak kerajaan sedang berusaha mencari jalan bagaimana mendapatkan semula wang royalti minyak atau wang ehsan yang telah "TIADA". awgawg

Awang Adek ada cara tersendiri (lihat imej/jaringan) tetapi bagaimana nasib beliau dan UMNO selepas ini? Adakah Kelantan akan mendapat wang ehsan hasil dari sumber yang diumumkan oleh Dr Awang Adek ini? Apakah yang akan terjadi pada sosio-ekonomi Bachok dengan hasil judi dari kerajaan malaysia nanti? Sejauh mana nanti majunya Bandar Bachok selepas lesen judi dihalalkan?


Tapi ok juga sebab dalam bulan ini juga (Mei 2010) dr Awang Adek akan merasmikan Kejohanan Bola Sepak Piala Awang Adek di Sekitar Bachok/Jelawat - sudah tentu piala ini memang tiada kaitan dengan judi bola sepak yang baru sahaja dihalalkan.

Apa kata Mufti Perak?
Judi diluluskan tetapi tidak ditulis di Utusan Malaysia... mengapa?
Berjaya Diberi Lesen Judi TERBARU dari kerajaan BN
Umat Islam bangkit membantah - adakah Dr Awang Adek turut membantah?
Serambi Mekah Merasa Amat Malu!

PAS anjur protes lesen judi ke Istana Negara: PAS akan sekali lagi menganjurkan perhimpuanan bagi membantah tindakan kerajaan mengeluarkan lesen judi pertaruhan bolasepak Piala Dunia yang bakal berlangsung Jun ini.

Perhimpunan kali ini akan dianjurkan oleh dewan pemuda PAS pusat dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta beberapa pertubuhan Islam yang lain.

“Perhimpunan kali ini akan berarak ke Istana dan semua rakan ahli Pakatan Rakyat serta NGO akan turut dijemput hadir ke sana,” kata ketua pemuda PAS, Wilayah Persekutuan, Herman Samsudeen. (Baca Lagi)

Beginilah keadaan sosio-ekonomi kita sekarang - royalti minyak tak dapat, judi bola pula yang kita dapat...

Oleh itu, tampillah Dr Awang Adek dan Dato Ilias di Durian Kudung, Gunung baru-baru ini, untuk memulihkan keadaan dan sokongan terhadap UMNO, diiringi pada malam itu (22 mei 2010) dengan seorang ulamak UMNO yang terkenal itu - pastinya untuk menghentam TG Nik Aziz... Komen anda dialu-alukan!

Oh ya! Ada sesuatu lagi yang mesti diketahui... "Selepas berdemonstrasi di lima negeri semalam, Pemuda PAS mahu menggiatkan lagi bantahan terhadap lesen judi bola sepak, termasuk berhimpun di kampung halaman Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein.

Ketua pemudanya Nasrudin Hassan berkata, pihaknya akan menggerakan kira-kira 5,000 orang bagi membanjiri Masjid Kampung Repek di Bachok, Kelantan pada 28 Mei, selepas solat Jumaat.

"Kita jangkakan 5,000 akan hadir. Oleh kerana ini bantahan daripada (rakyat) Pantai Timur, kita akan bawa bersama (peserta) daripada Terengganu dan Pahang," katanya."
(petikan dari http://www.malaysiakini.com/news/132464)