Skip to Content

28 Januari 2010: Cerita mengenai ROYALTI MINYAK KELANTAN oleh Ku Li

Minyak KelantanWow... Kelantan akan kaya sekarang... Syabas. Jom dengan cerita dari Ku Li sendiri 28 Jan ini di Stadium KB lepas Isya! Tentu Mustapha Mohammad dan Awang Adek juga berminat untuk memperjuangkan hak orang Kelantan! Ibrahim Ali tak turut sama?

Tidak mungkin! UMNO sedang bersiap sedia untuk menerima Wang Ehsan dari kerajaan pusat dan sedang mempromosikan idea "Wang Ihsan" (bukan ROYALTI). Maklumat lanjut di SINI . Sudah tentu menurut UMNO Wang Ehsan lebih sesuai untuk Rakyat Kelantan. Sebabnya? Macam-macam sebab.

Bertambah kelirulah Rakyat Kelantan. Mu nok gapo? Wang Ehsan kor.. Wang Royalti? kalu Wang Ehsan, boleh ke UMNO. kalu WANG ROYALTI boleh ke PAS. Pahh? Nok hok mano?

Klik sini sebagai rujukan!
Jom kita undi!

Simpati Pada Rakyat Kelantan

Saya cuma rasa simpati kepada rakyat kelantan kerana telah bertahun-tahun hasil buminya sendiri (pelantar Minyak) telah dinafikan dan disenyapkan. Nasib baik baru-baru ini ada usaha dari Husam Musa untuk menyiasat dan lihat sendiri benarkah ada minyak di lautan Kelantan dan terbukti memang ADA MINYAK di Kelantan. Kerajaan Kelantan telah bawa perkara ini ke tengah dan mendesak Kerajaan Persekutuan memulangkan semula hak Kelantan dan membayar ROYALTI kepada Kelantan.

Malang lagi bila mengetahui Kerajaan menafikan Royalti Minyak dan mendesak Kelantan diberi "Saguhati Sedekah" berbentuk "Wang Ihsan" agar pihak UMNO dapat menguasai semua wang Kelantan. Sudah tentu Kerajaan tidak suka wang kelantan dikawal oleh PAS melalui Royalti tadi. Malang sungguh jika ada orang kelantan sendiri yang bersetongkol untuk menafikan hak royalti minyak rakyat kelantan dan cuba memujuk rakyat kelantan dengan Wang Ehsan.

Ada terasa kelakar dan lucu bila alasan yang diberi ialah "ditakuti Kerajaan Kelantan Menyalahgunakan Wang Royalti". Amboi sedap bunyinya. bagaimana kalau wang itu ada pada tangan najib Razak atau pada tangan BN atau pada tangan UMNO kelantan. Sudah pasti tidak disalahgunakan? Menurut hakikat sejarah sebenar, puak manakah yang memang sentiasa menyalahgunakan wang rakyat? Berapa juta wang rakyat yang telah disalahgunakan oleh Kerajaan PAS Kelantan?

Orang Kelantan tak layak mendapat Royalti Minyak. Orang Kelantan hanya patut diberi wang ehsan/sedekah rm10 sahaja?

Siapakah orang yang benar-benar berjuang untuk menuntut hak sebenar Rakyat Kelantan? Ahli yang berdaftar - sila undi di bawah ini.

Demo pilih hok mano?

Demo pilih hok mano? Royalti kor? Wang Ehsan kor? Klik sini untuk dapatkan jawapan...

Comment viewing options

Select your preferred way to display the comments and click "Save settings" to activate your changes.