Skip to Content
Bachok : Kemudi : Badak : Repek : Melawi : Kandis : Tangok : Beris Lalang : Jelawat : Bator : Gunung : Kubang Telaga, Pasir Putih, Bt Temalong : Melor : Pauh Lima : Peringat : Bukit Marak : Pasir Tumbuh : Kubang Kerian : Binjal : Tawang : Perupok : Pantai Damak : Pantai Irama :

bachokSosio-Ekonomi dan Pembangunan Bachok... Ke arah kemantapan kehidupan Global dari BachokNET... Jadual dan aktiviti di Sekitar Jajahan ini - Melahirkan kegemilangan terkini melalui "Jelawat@bachokNet".
Anda juga boleh tampil secara global di sini... sebagai seorang Blogger Desa di BachokDotNet! Jom daftar sebagai ahli. Perkatakanlah mengenai perkembangan sosio-ekonomi di desa anda! Atau pertikaikanlah tren politik kita ketika ini - secara bebas! Idea anda memang penting untuk membangunkan masyarakat kita!
Anda yang menghuni di sini harus menyertai blog ini! Hanya "Create New Account" - PERCUMA!

Perkembangan Sosio-ekonomi Terbaru di Blog/Web

PALING BARU! Kini BachokNET dengan gembiranya melancarkan "Sekolah@BachokDotNET" Kunjungilah laman ini untuk satu pengembaraan yang penuh erti!...
iklaniagaTurut dilancarkan: kebanggaan usahaniaga dan iklaneka di NIAGA@BachokNET

Pelbagai peluang kini diketengahkan oleh BiiT Jelawat demi menjamin senimabungan kemakmuran sosio-ekonomi Bachok. Semua produk ada diiklankan di http://bachok.net/niaga

Semua warga bachok yang prihatin pada perkembangan sosio-ekonomi (tidak terhad pada politik) sseharusnya mengambil kesempatan dan menggunakan sepenuhnya apa yang ditawarkan di http://bachok.net/niaga.

Kini http://bachok.net/niaga sedang mempromosikan Peluang Perniagaan Untuk RAMADHAN. Ke sana sekarang...

kini

Kemasyarakatan: BerCERIA di Jelawat dengan Warga BachokNet

bachoknet

Remaja dan dewasa semua telah menjadi ahli WargaCeria di BachokNet. Anda juga boleh berada bersama-sama kami dengan hanya klik di sini...
WargaCeria BachokWargaCeria Bachok

Bachok TERKINI...

Sedang kita terhibur dengan Pesta Wau Antarabangsa di Pantai Irama dan ketika UMNO Bachok melancarkan Portalnya, dan ketika cerama PAS berselang-seli di sana-sini, kini REMAJA Bachok sedang mempersoalkan tentang "Buang Bayi"

Anda juga boleh berperanan menyumbangkan pandangan di http://bachok.net/sekolah/node/706 Apa agaknya yang silap pada remaja kita yang membuang bayi di sana sini... masalah sosial? Ekonomi? Politik?

Dari sudut politik pula, menjelang Syaban dan Ramadhan, ADUN Jelawat telahpun mengedarkan secukupnya jadual berbuka puasa dan imsakiah. UMNO pula mengadakan ceramahnya di Telaga Ara dengan kehadiran Ulamak UMNO yang terkenal dengan caranya yang tersendiri. Beruntung juga UMNO dapat memiliki seorang ulamak yang mampu menyerang semua ulamak-ulamak PAS - dan yang paling digemarinya ialah "Menyerang TG Nik Aziz". Ceramah tersebut dihadiri sendiri oleh Dr. Awang Adik dan Datok Alias.

Zaman Ulamak UMNO berperang dengan Ulamak PAS memang telah lama bermula - Kini rakyat Bachok sedang melihat gelagat ini dan akan membuat keputusan masing-masing.

Selamat berpolitik!

Kempen Masyarakat Selamat di Pantai Irama

"Jiran Cakna, Masyarakat Bahagia" - begitulah ilham dari Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Kerajaan Negeri kelantan sempena "Kempen Masyarat Selamat" di Pantai Irama baru-baru ini.

Malam itu sungguh indah - pantai Irama bersemarak dengan program tersebut walaupun Pasar malam sedang berjalan di sebelahnya dan FIFA @010 memaparkan Brazil Lawan Natherland. Ternyata program Kerajaan Negeri kekal mendapat sambutan dan perhatian ramai - khususnya Penduduk Bachok.

Turut diundang malam itu ialah Jen Endoro dengan Dikir Baratnya dan juga Renggo dari Arrow.
Tahniah kepada Urusetia Wanita...

ADUN Jelawat Menyambut Menantu!

Khamis 24 Jun adalah tarikh dimana YB Cikgu Aziz (ADUN Jelawat) menganjurkan majlis walimatul urus. Semua warga Jelawat adalah dijemput. Nampaknya kenduri besarlah kita!!! Tahniah Adun Jelawat!

Sosio-ekonomi: Pesta Pantai Irama Jun 2010!

kini rakyat Bachok boleh menghabiskan waktu cuti sekolah dengan menyaksikan beberapa aturcara yang telah disediakan di pantai Irama di sepanjang cuti sekolah ini. Lihat jadual berikut:
iramairama

Bantahan Judi di Halaman Rumah Dr Awang Adek?

Rakyat bachok mengadakan bantahan kelulusan Judi di Halaman Rumah Dr Awang Adek... adakah tindakan ini perlu?

28 :

"Judi bolasepak, rakyat terus protes... Abdul Rahim Sabri Mei 28, 10 5:02pm

Cuaca mendung dan hujan di beberapa tempat tidak menghalang Pemuda PAS hari ini menyambung semula demontrasi 'pemanas badan' membantah keputusan kerajaan meluluskan lesen judi yang dibuat sejak minggu lalu.

Kali ini, ia diteruskan di beberapa buah negeri lagi selepas solat Jumaat.

Isu Semasa: Sosio-ekonomi & Politik Bachok

Politik menentukan halatuju kemakmoran negara. Pilihan politik yang silap akan merosakkan masadepan pentadbiran dan ekonomi negara. Oleh itu isu-isu semasa hendaklah dilihat dengan mendalam.

UMNO baru lepas mengadakan ceramahnya di Durian Kudung Gunung, kini giliran PAS pula mengadakan ceramah isu semasa di Pejabat PAS Bachok (Pantai Irama) - turut sama ialah Nasution dari PKR dan Ketua pemuda DAP. Jangan pula kita menganggap dan mengandai apa-apa, hadir sendiri dan dengar sendiri - tengok sendiri!

Facebook: Dewan Pemuda Pas Bachok...

Tahniah Dewan Pemuda Pas Bachok yang telahpun mengaktifkan facebooknya di sini: http://www.facebook.com/pages/Dewan-Pemuda-Pas-Bachok/109130939114554?re...

Kelantan bakal perkenal 'Pondok Pelancongan'

Dari Harakahdaily
KOTA BHARU, 22 Mei: Kelantan akan membina sebuah 'pondok pelancongan' bagi memudahkan pelancong yang berkunjung ke negeri ini mempelajari ilmu agama.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pondok tersebut dicadang dibina di Kampung Kandis, Bachok.

Cadangan tersebut katanya telah diusulkan kepada mesyuarat khas semalam.

"Orang luar yang nak duduk di sini atau waktu tertentu datang untuk mendengar kuliah agama, belajar atau sebagainya boleh berbuat demikian," katanya.

Buletin Cahaya Jelawat - JELAWAT TERUS KE HADAPAN

Setelah Cakna Suri, kini "Belia Cakna Masyarakat" (Masjid Serdang, Jelawat) - usaha dari ADUN Jelawat demi memartabatkan kegemilangan Jelawat/Bachok.

Dan paling terbaru - kehadiran TG Nik Aziz untuk merasmikan "Buletin CAHAYA Jelawat" (24 Mei 2010) - maka semakin ke hadapanlah sosio-ekonomi jelawat sementara menanti wang royalti / wang ehsan yang telah dibisukan buat sekian lama.

TG Nik Aziz telah sempat bersalam-saman dengan penduduk Jelawat/Gunung setelah menunaikan solat Isya berjamaah di perkarangan Dataran Usahawan Dun Jelawat (Kedai Gunung).

Sosio-ekonomi: Kelantan Terus Bergerak!

1)KELANTAN GOVT LAUNCHES INTERNET WITH NO ACCESS TO "IMMORAL" SITES

KOTA BAHARU, May 17 (Bernama) -- Kelantan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat today launched the "Internet Thoyyibah", which prohibits access to "approved" sites.

The service is held in collaboration between the state government and Jaring Communications (Jaring).

Ekonomi: Jual Ayam dan Itik (TG Nik Aziz)

KOTA BHARU, 17 Mei: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kegagalan Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi parlimen Sibu semalam kerana rakyat sudah muak dengan politik wang.

Beliau berkata, Umno dan BN menghina rakyat dengan membeli mereka seperti membeli ayam dan itik di pasar.

”Binatang ternakan boleh dibeli, tetapi jika manusia pun ingin dibeli, jelas sekali manusia sudah ingin disamakan dengan ayam itik.

Nasib UMNO dan Awang Adek Selepas Ini?

Apa yang kita katakan dan lakukan memang diperhatikan oleh orang lain. Terutama dalam isu SOSIO-EKONOMI. Sudah pasti pihak kerajaan sedang berusaha mencari jalan bagaimana mendapatkan semula wang royalti minyak atau wang ehsan yang telah "TIADA". awgawg

Cakna Suri Adun Jelawat

1) Ketika ini Warga Jelawat sedang diaktifkan dengan Caksa Suri anjuran Adun Jelawat... jika anda ingin menulis berita dan menghantar gambar-gambar berkaitan sila lakukannya di sini...
2) Warga Bachok masih menunggu kemunculan satu aktiviti yang berdaya sosio-ekonomi ke arah ummah cemerlang yang tidak materialistik dan tidak mengandungi kepentingan peribadi. Sila cadangkan sesuatu yang bererti untuk semua warga tempatan
3) Persatuan Usahaniaga Bachok - UNB - akan memaparkan lebih banyak program tidak lama lagi. Ahli baru dialu-alukan!

Forum Perdana dan Gala Kokurikulum

Pada awal bulan April 2010 terdapat beberapa program di kawasan ini, seperti Forum Perdana di Sekolah Datok Perdana dan Gala Kokurikulum di Tangok. Namun kita masih menanti program-program ekonomi dan tawaran keusahawan yang lebih bererti, memandangkan penduduk tempatan lebih selesa sekiranya peluang perkerjaan atau perniagaan terbuka lebih luas.

Jlwt di BachokNet kini sedang berusaha menganjurkan program Keusahawanan 2010 untuk penduduk tempatan dan akan diumumkan tidak lama lagi. Ini adalah satu usaha murni sebagai tambahan kepada program ceramah, forum dll. Pembiayaan memang diperlukan namun ramai penduduk di sini telah biasa berusahaniaga tanpa bantuan mana-mana pihak, walaupun negeri kita kaya dengan minyak, tetapi kita belum merasa hasilnya.

Solat Hajat Nik Aziz - Rezeki Melimpah Sekelip Mata?

Hujan lebat hingga semua basah - itulah peristewa semasa majlis solat hajat memohon hujan oleh Tuan Guru Nik Aziz Menteri Besar Kelantan - Mac 12, 2010

solatsolat

Agaknya bolehkah anda mengatakan "Awas! Solat Hajat Tuan Guru kita terasa agak "POWERFUL".

Klinik 1malaysia naikkan Dr Awang Adek?

Setelah rakyat kelantan didedahkan dengan isu Royalti Minyak, kini UMNO bertungkus lumus menafikan semua fakta yang di bawa oleh PAS/Tengku Razaleigh. Pelbagai ceramah mula dianjurkan dan Dr Awang Adik telah menggunakan Program Klinik 1Malaysia di Jelawat baru-baru ini untuk meraih kepopularitiannya. Mungkinkah dengan kehadirannya di LeTour dan Klinik 1malaysia akan meningkatkan pengaruhnya di kalangan Rakyat kelantan???

Awang Adek bersama "De Tour Langkawi"

Berita De Tour Langkawi yang berbunyi "kecoh" di Kelantan.... bila di siasat terdapat berita INI . Mungkin Awang Adek seharusnya kekal sebagai insan yang paling berpengaruh di Bachok dan Pejuang Rakyat Kelantan SEBENAR! Pandangan anda bagaimana?

Syndicate content